Mula
Mula guna dalam 5 minit
Daftar percuma, sahkan emel dan isi maklumat syarikat. Semua modul terus boleh digunakan.
- Percuma selamanya dengan had. Pro RM10 sebulan untuk semua modul tanpa had.
- Naik taraf dari butang "Naik taraf ke Pro" di bar atas. Emel anda diisi sendiri pada borang bayaran.
- Di Tetapan → Profil penghantar, simpan beberapa set nama & alamat untuk invois.
Urus operasi syarikat anda,
semua dalam satu tempat.
Cuti, invois, projek, perbelanjaan & CRM.
Tekan Daftar Percuma
Pelanggan
CRM: kenal setiap pelanggan
Simpan pelanggan, rekod setiap perbualan dan tetapkan tarikh susulan supaya tiada yang terlepas.
- Nama & warna kategori dan status boleh diubah di CRM → Kategori.
- Tambah jenis interaksi sendiri, contohnya "Lawatan tapak".
- Butang WhatsApp membuka chat terus dengan pelanggan.
CRM
Pelanggan, status & susulan.
| Pelanggan | Kategori | Status | Susulan |
|---|---|---|---|
| Kedai Runcit Maju Jaya | Runcit | ● Pelanggan | — |
| Kumar Hardware | Runcit | ● Pelanggan | 2 Okt |
| TCH Engineering | Korporat | ● Rundingan | 30 Sep |
Tekan + Pelanggan
Pelanggan
Quotation: tawar harga, kemudian jadikan invois
Hantar tawaran harga. Bila klien setuju, satu klik menukarnya jadi invois tanpa menaip semula.
- Nama dokumen boleh ditukar di Tetapan, contohnya "Sebut Harga".
- Quotation yang lepas tarikh sah ditanda Luput dengan sendirinya.
- Pilih gaya quotation yang sesuai dengan jenama anda.
Quotation
Tawaran harga kepada klien.
Menunggu jawapan
3
Diterima
8
Luput
1
Tekan + Quotation
Pelanggan
Invois: kutip bayaran tepat masa
Nampak sekali pandang siapa belum bayar, ingatkan melalui WhatsApp dan tanda bila duit masuk.
- Papan 3 lajur (Lewat, Belum Bayar, Dibayar), atau tukar ke paparan Senarai.
- Reka templat invois sendiri di Invois → Templat.
- Cetak atau simpan PDF terus dari halaman invois.
Invois
Duit belum dikutip: RM4,850.00
Lewat · 1
INV-2026-0041
Kumar Hardware
RM1,850.00
Lewat 5 hari
Belum Bayar · 1
INV-2026-0048
Klinik Sihat Sdn Bhd
RM3,000.00
Tamat 7 Okt
Dibayar · 1
INV-2026-0046
TCH Engineering
RM8,500.00
Dibayar 18 Sep
Buka menu ⋮ invois lewat
Kewangan
Jualan: berapa duit masuk, dari mana
Rekod jualan dari invois yang dibayar atau jualan terus, dan lihat laporan ikut bulan, kategori dan pelanggan.
- Invois tidak masuk Jualan secara automatik. Anda pilih yang mana.
- Jika invois ditanda belum bayar selepas direkod, sistem beri amaran.
- Ubah kategori jualan di Jualan → Kategori.
Jualan
Berapa duit masuk, dan datang dari mana.
Jumlah jualan · bulan ini
RM11,700
Jualan bulanan
Tekan + Rekod jualan
Kewangan
Perbelanjaan: kawal duit keluar
Rekod belanja, pantau bajet setiap kategori dan lihat kos serta untung kasar setiap kerja.
- Tetapkan bajet bulanan setiap kategori di Perbelanjaan → Kategori & bajet.
- Pilih bulan tertentu untuk laporan, sama seperti Jualan.
- Belanja yang dipautkan ke invois dikira sebagai kos kerja itu.
Perbelanjaan
Duit keluar bulan ini.
Belanja bulan ini
RM4,180
RM1,820 baki daripada bajet RM6,000
Bajet ikut kategori
Tekan + Rekod belanja
Pasukan & projek
Gantt / Projek: jadual kerja yang jelas
Susun tugasan ikut fasa, seret untuk ubah tarikh dan tanda siap. Kemajuan dan tugasan lewat dikira sendiri.
- Tarik hujung bar untuk ubah tempoh. Klik nama tugasan untuk sunting.
- Kuncupkan kategori bila projek panjang.
- Senarai projek menyusun projek yang ada tugasan lewat di atas.
Laman Web TCH Engineering
TCH Engineering · 14 Sep – 29 Sep
Kemajuan
33%
Tugasan lewat
1
! Tarikh tamat berlalu
Tekan + Tambah tugasan
Pasukan & projek
Cuti & Kehadiran: siapa ada, siapa cuti
Rekod cuti pasukan dalam satu grid. Baki cuti tahunan setiap pekerja ditolak sendiri.
- Tetapkan kelayakan cuti setiap pekerja. Baki dikira sendiri.
- Cuti setengah hari pun boleh direkod.
- Tab Analisis tunjuk hari yang paling kerap diambil cuti.
Pekerja
Senarai pasukan untuk rekod cuti.
Tekan + Pekerja
Bantuan
Soalan lazim
Berapa harganya?
Percuma selamanya dengan had. Pro RM10 sebulan untuk semua modul tanpa had, bayar melalui FPX tanpa potongan automatik.
Apa had pelan Percuma?
5 invois & quotation sebulan, 30 pelanggan CRM, 3 pekerja dan 1 projek. Logo syarikat, template builder, analisis ikut tempoh dan bajet ialah ciri Pro.
Macam mana nak sambung langganan?
Klik nama anda di kanan atas → Langganan. Emel anda diisi sendiri pada borang bayaran; pastikan emel yang sama. Amaran keluar 7 hari sebelum tamat.
Apa jadi kalau langganan Pro tamat?
Akaun turun ke pelan Percuma, tidak dikunci. Semua data kekal; cuma rekod baharu ikut had Percuma sehingga anda sambung.
Tak terima emel set kata laluan?
Semak folder Spam atau Promosi. Pastikan emel yang diisi semasa bayar tiada salah ejaan.
Lupa kata laluan?
Di halaman log masuk, tekan "Lupa kata laluan" dan ikut pautan yang dihantar ke emel anda.
Boleh guna di telefon?
Boleh, buka betaofis.wazza.my di pelayar telefon. Untuk kerja panjang seperti invois dan Gantt, skrin komputer lebih selesa.
Data saya selamat?
Data setiap syarikat diasingkan di peringkat pangkalan data. Syarikat lain tidak boleh melihat data anda.
Boleh cetak invois jadi PDF?
Boleh. Buka invois dan tekan "Cetak / Simpan PDF", kemudian pilih "Simpan sebagai PDF" pada tetingkap cetak.
Sedia untuk mula?
Mula percuma. Naik taraf ke Pro RM10 sebulan bila perlu.